当前位置:首页 >> 其它语言学习 >>

马来文(形容词)

KATA ADJEKTIF 形容词 1. Kata adjektif merupakan kata yang menerangkan sifat atau keadaan seseorang, benda, temopat, binatang, dan sebagainya.
形容词是用来说明某人、东西、地方、动物等的特性或情况的词。

2. Kata adjektif boleh disertai kata penguat seperti amat, paling, sungguh, agak, sekali, dan sebagainya. 形容词可连同强化词一起使用,如:非常、最、很、少许、极等等。 3. Ada juga kata adjektif yang berawalan ter-. Contohnya : tertinggi, terbaik, tercantik, dan sebagainya. Awalan ter- itu memberikan makna paling.
也有附加前缀词 ter-的形容词,如:最高、最好、最美等等。前缀词 ter-有最的意思。

4. Perhatian : Perkataan 'akan' perlu digunakan selepas kata adjektif perasaan yang mendahului kata nama. 注意:在感觉形容词后面加上‘akan'.
? ? ? Heng rindu akan kampungnya. (BETUL) Heng rindukan kampungnya. (SALAH) Heng rindu kampungnya. (SALAH) Kata Penguat Belakang sekali, benar, nian, betul ? Kelakuan budak-budak itu nakal sekali. ? Rumah di atas bukit itu cantik betul. ? Pemandangan di situ indah nian. Kata Penguat Bebas amat, sangat, sungguh ? Pakaian pemuda itu amat kemas. ? Pakaian pemuda itu kemas amat. ? Sungai itu dalam sangat. ? Sungai itu sangat dalam.

Kata Penguat Hadapan terlalu, paling, agak, begitu ? Pokok di belakang rumah Rahman terlalu rendang. ? Masakan ibunya paling sedap. ? Lukisan itu agak cantik.

Apabila kata adjektif mengalami penggandaan, maka kata nama tidak boleh digandakan lagi untuk menunjukkan maksud jamak. Contoh: Barang-barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (X) Barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (√) Rumus Penggunaan Kata Adjektif dan Kata Penguat. Rumus Ayat Contoh sangat Rumah di atas bukit itu sungguh besar sekali. amat + kata adjektif + sekali √ sungguh ter- + kata adjektif paling + kata adjektif paling + ter- + kata adjektif paling + kata adjektif + sekali √ √ X X Razman merupakan murid yang terpandai di dalam kelasnya. Bangunan itu paling tinggi di Malaysia. Dialah paling tercantik. Nora paling ayu sekali.
1

KATA PENGUAT 1. Maksud: Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
加强词用于强调或加强形容词的意思。

2. Terdapat 3 jenis kata penguat: Kata Penguat penguat hadapan penguat belakang penguat bebas

Contoh terlalu, paling, agak sekali, benar, nian amat, sangat, sungguh

3. Digunakan di hadapan kata adjektif. 前置加强词 Kata Penguat Hadapan Contoh terlalu 非常的 Baju di pasar raya itu terlalu mahal. paling 最....的 Sambal tumis itu paling sedap. agak 相当 Jalan di kawasan itu agak bahaya. Digunakan di belakang kata adjektif. 后置加强词 Kata Penguat Belakang Contoh sekali 很、极 Pendapat murid itu baik sekali. nian 真、很 Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi. benar 非常、很 Cantik benar rantai mutiara ini. Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. 自由加强词 Kata Penguat Bebas Contoh Amat Kraf tangan itu amat cantik. 很、十分 Kraf tangan itu cantik amat. Sangat Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat. 很、非常 Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat. Sungguh Kereta yang dipandu oleh Jazeman sungguh laju. 很 Kereta yang dipandu oleh Jazeman laju sungguh. Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih. Contoh: Suaranya sungguh amat merdu. Perangainya sungguh kurang sopan. Kata-katanya terlalu amat pedih.
2

Latihan 1 Bulatkan kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat berikut. 1. Budak itu cerdik tetapi malas. 2. Dia biasanya berkemeja putih dan berseluar biru. 3. Bangunan itu tinggi dan besar. 4. Perutnya buncit macam orang mengandung tiga bulan. 5. Bangunan lama itu akan diruntuhkan. 6. Dia nyaris terjatuh ke dalam gaung. Latihan 2 Bulatkan kata penguat yang terdapat dalam ayat-ayat berikut. 1. Budak itu sangat nakal dan tidak takut akan sesiapa pun. 2. Tiba-tiba angin yang kuat memadamkan api dan gua itu menjadi amat gelap. 3. Ai Ling murid yang tinggi sekali dalam kelas. 4. Pasu yang diimport itu sungguh cantik. 5. Kita sudah biasa dengan perangainya yang agak aneh itu. Latihan 3
lebat

Setiap kata adjektif yang diberikan mengandungi dua maksud yang berlainan. Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
kusut kuat kotor halus

1. Rambut Ramli kerana ditiup angin semasa menaiki bot laju mengelilingi Pulau Tioman. 2. Setiap hari, Zunaidah menjaga kebersihan mukanya agar kulit mukanya sentiasa . 3. Petani itu terpaksa bekerja pada setiap hari untuk menyara keluarganya yang ramai. 4. Emak mencencang daging untuk membuat inti martabak itu sehingga . 5. Pada tahun ini, pokok durian di dusun datuk saya berbuah dengan . 6. Chin Yong dimarahi ibunya kerana selalu mengeluarkan kata-kata yang . 7. Fikiran artis itu bertambah apabila dihujani pelbagai soalan daripada pihak media.

8. Ban Seng sering membawa buku-buku latihan ke bilik guru kerana dialah murid yang paling di dalam kelas. 9. Sudah dua hari berturut-turut hujan turun dengan di perkampungan nelayan itu. 10. Alas meja yang itu telah dicuci oleh ibu. Latihan 4 lantang Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. tebal bundar hangit benjol

lusuh rentung matang bengang kembang 1. Jojie tidak mahu lagi memakai seluarnya yang itu. 2. Kepalanya akibat terhantuk tangga ketika dia hendak mengambil bakul itu tadi. 3. Mei Qin gemar membaca buku cerita yang dan mempunyai jalan cerita yang menarik. 4. Suara Cikgu Rahim sangat ketika mengajar di dalam kelas. 5. Nasi yang dimasak oleh nenek setelah api terlupa dipadamkan. 6. Wei Chuan semakin sejak belajar di Kolej Swasta itu. 7. Wendy menjadi perhatian ramai kerana memiliki sepasang mata yang . 8. Wahid berasa selepas diumumkan terkeluar daripada saingan dalam pertandingan itu. 9. Kakak sangat suka memetik bunga mawar yang sudah . 10. Pemandu kereta itu kerana gagal menyelamatkan diri apabila kereta yang dipandu oleh mangsa terbakar dengan tiba-tiba. 3

Latihan 5 lantang

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. gemuk sihat merah

tinggi

sempit segera takut wangi lincah 1. Lembu-lembu yang dipelihara oleh Encik Muthu belaka. 2. Masyarakat Cina suka memakai pakaian yang berwarna semasa Tahun Baharu Cina kerana dipercayai warna itu melambangkan keuntungan. 3. Pergerakan pesilat yang itu memukau para hakim dan hadirin yang hadir. 4. Jambatan itu cuma boleh dilalui oleh sebuah kenderaan pada setiap masa kerana jambatan itu . 5. Cikgu Khor bersuara semasa memberikan arahan kepada semua pengawas. 6. Tindakan daripada pihak bomba telah berjaya menyelamatkan rumah itu daripada hangus terbakar. 7. Walaupun datuk saya sudah berusia 90 tahun tetapi dia masih . 8. Kakak menggunakan minyak selepas mandi supaya badannya berbau harum. 9. Penduduk kampung berasa semasa melalui kawasan perkuburan itu. 10. Kamarul berasa gayat apabila berada di tempat yang . Latihan 6 Pilih kata penguat yang paling tepat. 1. Adik Quek (sungguh , sekali) tinggi. 2. Penglihatan nenek (agak , benar) kabur sebelum menjalani pembedahan mata. 3. Rumah itu (terlalu , paling) kecil untuk keluarga Lim. 4. Ubat ini mujarab (agak , sekali) terutamanya untuk mengubati penyakit lelah. 5. Dia (sangat , paling) tidak suka akan orang yang bersikap hipokrit. 6. Saya (sekali , sungguh) terperanjat apabila mendengar berita kematian sahabat saya. 7. Yuk Sing fasih (terlalu , benar) berbahasa Malaysia. 8. Koreena ( nian , sangat) rajin belajar bahasa Malaysia daripada Surina. 9. Tembok Besar China (sungguh , benar) panjang. 10. Saya berasa (amat , nian) letih semasa mendaki Tembok Besar China. Latihan 7 segar Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. lincah rapi jarang

hapak

enak padat ketat harum suntuk 1. Bunga mawar yang dipetik oleh kakak itu baunya. 2. sungguh pergerakan kanak-kanak itu sehingga merisaukan ibunya yang sentiasa mengikutinya. 3. Usaha menyelamatkan mangsa kebakaran di kawasan setinggan itu terhalang kerana kawasan itu dengan penduduk. 4. Petani makyung itu memakai selendang yang sangat . 5. Kakak menutup bekas gula itu dengan supaya tidak dimasuki semut. 6. Puding mangga yang dimasak oleh kakak itu sungguh . 7. Sayur-sayuran yang dijual oleh peniaga itu belaka. 8. Waktu terlalu untuk kami menyiapkan tugasan itu. 9. Bilik itu berbau kerana sudah lama tidak berpenghuni. 10. Buku-buku cerita di atas rak itu disusun dengan oleh Wai Ling. 4

Latihan 8 Gariskan kata adjektif yang paling tepat. 1. Pasu kristal yang dibeli oleh Puan Rokiah di luar negara itu (hancur , pecah) setelah dilanggar oleh kucing kesayangannya. 2. Xee Ming dan kawan-kawannya bermain bola keranjang dengan (malu , riang) di padang. 3. Biskut kacang yang kami makan ini sangat (rangup , reput). 4. Soalan peperiksaan untuk ujian bulanan Bahasa Melayu agak (senang , lapang) pada kali ini. 5. Pak Dollah dan Mak Piah yang hidup dalam kemiskinan terpaksa tinggal di dalam rumah yang (tua , usang). 6. Dari jauh, air tasik itu kelihatan (tenang , surut). 7. Penglihatan datuk saya masih (nyaring , tajam) walaupun umurnya sudah mencecah 80 tahun. 8. Kah Seng (malu , gugup) apabila disoal siasat oleh kedua-dua orang pegawai polis itu. 9. Pengemis tua itu meminta segelas air daripada pemilik Restoran Dayang kerana dia berasa sangat (dahaga , kenyang). 10. Ibu terpaksa berhimpit-himpit dengan orang ramai untuk merebut barangan jualan murah di kedai yang (lebat , sesak) itu. 11. Angin yang bertiup (kencang , cepat) telah merosakkan harta benda penduduk kampung. 12. Guru-guru berasa (gembira , yakin) kerana murid-murid sekolah mereka mencapai keputusan yang cemerlang. 13. Anak arnab kepuyaan jiran saya (lawa , comel). 14. Peserta debat itu menyampaikan hujahnya dengan suara yang (lantang , nyaring). 15. Ayah berasa (lesu , hangat) lalu merebahkan dirinya ke sofa itu kerana keletihan. 16. Wajah Cikgu Neoh yang (tembam , garang) itu amat menakutkan murid-murid. 17. Budak lelaki yang (gemuk , kembang) itu memang kuat makan sejak kecil. 18. Keadaan di kampung itu (malap , gelap) apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba. 19. Wajah peragut itu (ceria , pucat) apabila disoal berkali-kali oleh pegawai penyiasat. 20. Ibu Pei Shan berasa ( risau , girang) apabila anak perempuannya masih belum pulang lagi. 21. Air sungai itu mengalir dengan (jernih , deras). 22. Mei Ling (ingat , rindu) akan keluarganya. 23. Buah pisang yang belum masak itu (hijau , kelat) rasanya. 24. Lelaki yang (tampan , garau) itu ialah seorang peragawan. 25. Suaranya yang (merdu , nyaring) itu telah mengejutkan bayi yang sedang tidur. 26. Bunga itu mempunyai bau yang (jelita , harum). 27. Batu-batuan yang ditumbuhi lumut itu sangat (lembut , licin). 28. Angin (deras , kencang) yang bertiup telah menyebabkan ombak semakin (tinggi , kuat). 29. Program Mari Membaca yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka mendapat sambutan yang (hebat , cemerlang). 30. Desmond boleh bertutur bahasa Malaysia dengan (kagum , fasih). 31. Rentap seorang pahlawan yang (teguh , gagah). 32. Malaysia sebuah negara yang (unik , pintar) kerana mempunyai pelbagai kaum.

5


相关文章:
马来西亚吉隆坡导游词
马来西亚吉隆坡导游词 - 马来西亚吉隆坡导游词 开场白 各位旅客大家好,我是这次负责带领大家参观著名吉隆坡苏丹皇宫的 导游,很高兴在这次愉快的旅途中认识大家,希望我...
论马来语颜色词语中的隐喻和转喻
马来语颜色词语中的隐喻和转喻 - 龙源期刊网 http://www.qikan.com.cn 论马来语颜色词语中的隐喻和转喻 作者:冶慧颖 来源:《现代语文(语言研究)》2016 年...
be动词的意思
英语的“be”是个特殊动词;有些语言,如马来文等,并没有“be”这样的动词。 ...(The Linking Verb), 后面要有名词、形容词、地方 副词或短语作补足语(The ...
英语词性总汇
英语语法·英语里词类有 12 类:名词、动词、形容词、副词、介词、代词、数词、...现在分词 being 英语的“be”是个特别动词;有些语言,如中文和马来文,并没有“...
小学BE动词用法
英语的“be”是个特殊动词;有些语言,如马来文等,并没有“be”这样的动 词...(The Linking Verb), 后面要有名 词、形容词、地方副词或短语作补足语(The ...
更多相关标签: